MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA PROJEK OLEH JABATAN KERJA RAYA NEGERI JOHOR
24 Februari 2026 – Satu Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima telah berlangsung pada jam 2.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Kerja Raya Negeri Johor.
Majlis ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Johor, Ir. Zainal bin Tumian.
Dalam majlis tersebut, penyerahan Surat Setuju Terima telah disempurnakan kepada dua syarikat yang dilantik bagi melaksanakan projek pembangunan dan naik taraf fasiliti kerajaan di negeri Johor.
Penyerahan pertama melibatkan syarikat Muara Atur (M) Sdn. Bhd. bagi projek Menyiapkan Baki Kerja Meroboh dan Membina Semula Cure & Care Rehabilitation Centre (CCRC) Tampoi, Johor, yang bertujuan mempertingkatkan kemudahan rawatan dan pemulihan secara lebih kondusif dan efektif.
Selain itu, Surat Setuju Terima turut diserahkan kepada Usaha Prakarsa (M) Sdn. Bhd. bagi melaksanakan Kerja-Kerja Naiktaraf dan Lain-Lain Kerja Berkaitan di Institusi Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor, dalam usaha meningkatkan kualiti infrastruktur pendidikan serta keselesaan warga kampus.
Majlis ini mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Kerja Raya Negeri Johor dalam memastikan pelaksanaan projek pembangunan dilaksanakan secara terancang, berkualiti dan memenuhi keperluan rakyat serta agensi kerajaan.










Pelawat Hari Ini : 389
Pelawat Bulan Ini : 8008
Jumlah Pelawat : 493000
