PROGRAM CABUTAN KERJA-KERJA UNDI PERUNTUKAN KERAJAAN NEGERI TAHUN 2025 CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK NEGERI JOHOR BIL. 1/2025

” Pada 9 April 2025 bertempat di Dewan Serbaguna Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Johor, telah diadakan Program Cabutan Kerja-kerja Undi Peruntukan Kerajaan Negeri Tahun 2025 Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Johor Bil. 1/2025.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh YBrs. Ir. ZAINAL BIN TUMIAN, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Johor, Yang Mulia Ir. RAJA FAIROL FAROUK BIN RAJA ABD ASSISS, Jurutera Awam Penguasa Jalan JKR Negeri Johor, YBrs. Ir. Ts. HJ KAMARUZAMAN BIN KASIMIN, Ketua Jurutera Elektrik Negeri, CKE Negeri Johor, wakil Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), wakil Persatuan Kontraktor dan Kontraktor Elektrik.

Majlis dimulakan dengan bacaan Doa oleh EN. MOHD HAFIZ BIN ABU BAKAR dan seterusnya Taklimat Kerja Undi disampaikan oleh EN. MOHD FITHRIE BIN HISNIN, Jurutera Elektrik, CKE Negeri Johor. Bagi kerja undi peruntukan Kerajaan Negeri Bil. 1/2025, terdapat sebanyak 65 bilangan projek dengan saluran peruntukan Negeri yang mana ianya melibatkan skop kerja Pemasangan Lampu Jalan (40 kerja) dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2,000.000.00 dan Pemasangan Lampu Amber (25 kerja) dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1,000.000.00. Sebanyak 64 syarikat Kontraktor Elektrik berdaftar telah hadir bagi menjayakan Cabutan Kerja-Kerja Undi tersebut dengan nilai keseluruhan projek berjumlah RM3,000,000.00 bagi seluruh Negeri Johor.”