PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 1446H/2025 PERINGKAT JABATAN KERJA RAYA JOHOR

Sempena keberkatan bulan Ramadhan 1446H, Kelab Sukan JKR Johor dengan kerjasama Biro Kebajikan telah menganjurkan Program Ihya’ Ramadhan yang berlangsung dengan jayanya pada Khamis, 20 Mac 2025 bertempat di Tingkat 3, Bilik Seminar Cawangan Kejuteraan Mekanikal Johor.

Program ini juga turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Tuan Ir. Zainal Bin Tumian, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Johor, yang diiringi oleh Ketua-ketua Bahagian dan Jurutera-jurutera Daerah. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan nilai keagamaan dan semangat kebersamaan dalam menjayakan setiap tanggungjawab yang diamanahkan. Program dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan perasmian daripada Pengarah JKR Negeri Johor dan Ketua Jurutera dari Cawangan Kejuruteraan Mekanikal. Diikuti sekali dalam program dengan penyampaian sumbangan Ramadhan kepada 33 penerima bantuan asnaf, sebagai tanda keprihatinan dan semangat berkongsi rezeki di bulan yang mulia ini.

Selain itu, Program ini turut diserikan dengan sesi rakaman takbir Hari Raya yang disertai oleh pegawai-pegawai dan kakitangan JKR Johor. Inisiatif ini bukan sahaja menyemarakkan suasana Ramadhan, malah menjadi simbol kepada persaudaraan dan perpaduan bagi warga JKR Johor. Penganjuran program ini bukan sekadar tradisi tahunan, tetapi satu platform untuk dalam memperkukuhkan nilai keagamaan, mempereratkan silaturrahim, serta menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan warga JKR Johor. Kehadiran dan sokongan ramai menjadikan acara ini lebih bermakna dan memberi impak positif kepada semua yang terlibat.

Semoga program Ihya’ Ramadhan ini terus menjadi platform untuk memperkukuhkan nilai keagamaan dan kebersamaan dalam kalangan warga JKR Johor.