PROGRAM BUBUR LAMBUK 1446H/2025 – JKR NEGERI JOHOR

Alhamdulillah! Program Bubur Lambuk anjuran Kelab Sukan JKR Johor telah berjalan langsung semalam pada 13 Mac 2025 dengan penuh kemeriahan dan semangat kerjasama.

Turut hadir menyediakan juadah bubur lambuk bersama adalah pegawai dan kakitangan daripada PNJ (Perbendaharaan Negeri Johor), PKPJ (Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor), SPAJ (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor), JKR Negeri Johor (Jabatan Kerja Raya Negeri Johor) dan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal JKR Negeri Johor.

Dari persiapan awal hinggalah ke proses memasak dan membungkus, semuanya dikendalikan dengan penuh dedikasi bagi memastikan program berjalan dengan lancar. Kerjasama semua pihak mencerminkan nilai kebersamaan dalam usaha menyemarakkan amalan kebaikan sepanjang bulan Ramadan.

Semoga usaha murni ini membawa keberkatan dan kebahagiaan kepada semua yang terlibat serta menjadi pemangkin semangat untuk terus berbakti dalam bulan Ramadan yang penuh rahmat ini.