Program MADANI Rakyat Zon Selatan 2024
Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim – Program MADANI Rakyat Zon Selatan telah berlangsung dengan meriahnya bermula dari 15 sehingga 17 Ogos 2024 di Dataran UTM, Johor Bahru.
JKR Johor juga tidak ketinggalan untuk turut serta di dalam menyertai reruai Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama agensi yang telah dibuka sepanjang program tersebut. JKR Johor bersama – sama agensi di bawah Kementerian Kerja Raya seperti CIDB, LLM bersama Touch ‘n Go telah mengadakan penjualan RFID, kad NFC dan charm NFC kepada pengguna lebuh raya yang mengunjungi reruai kami dan wakil-wakil dari Kementerian. Pengunjung yang datang boleh merasai lebuhraya baharu secara VR disediakan oleh LLM antara lebuhraya Lingkaran Tengah Utama dan WCE.
Satu sesi Kahoot diadakan setiap hari bagi memeriahkan Program ini. Pelbagai lapisan pengunjung turut serta dalam sesi ini bagi mendapatkan maklumat mengenai Kementerian dan Agensi-Agensi di bawahnya.
Pada 17 Ogos 2024, YAB Perdana Menteri telah turun padang ke program tersebut sekaligus merasmikan majlis penutup di Dataran UTM, Johor Bahru.
Terima kasih kepada semua yang hadir bagi memeriahkan program ini. Jumpa lagi di zon yang seterusnya selepas ini.