Jabatan Kerja Raya Negeri Johor telah mengajurkan Program Majlis Ihya’ Ramadhan Al-Mubarak  bertempat di Dewan Serbaguna JKR (D) Johor Bahru pada 04/04/2024 bersamaan 24 Ramadhan 1445H. Majlis diserikan dengan kehadiran Pengarah Kerja Raya Negeri Johor, Tn Ir Abu Bakar bin Abd Aziz serta Ketua-Ketua Bahagian dan Jurutera-Jurutera Daerah. Majlis ini turut dihadiri oleh penerima-penerima sumbangan iaitu para pekerja yang berkhidmat di JKR Johor. Semoga pemberian ini dapat meringankan beban mereka dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba.

Gulai Tempoyak ikan mayong
Durian rosak angkara tupai
Pandu hermat ingat kampung
Asal teman selamat sampai

Ramadhan bakal beransur pergi
Syawal menjelma di Aidilfitri
Seikhlas hati menyusun jari
Memohon maaf atas kekhilafan diri

Awal Syawal rai kemenangan
Umat Islam saling berkunjungan
Tahmid bergema erti ketenangan
Selamat menyambut hari lebaran