MAJLIS AMANAT PENGARAH JABATAN KERJA RAYA NEGERI JOHOR 2024

Pada 28 April 2024 (Ahad) telah berlangsungnya Majlis Amanat Pengarah Kerja Raya Negeri Johor bagi tahun 2024 yang bertempat di Aras 2, Bangunan Sultan Ismail, Sayap Selatan, Kota Iskandar 79582 Iskandar Puteri, Johor. Amanat pada tahun ini telah disampaikan oleh YBhg. Ir. Abu Bakar bin Abd Aziz, Pengarah Kerja Raya Negeri Johor. Majlis Amanat ini telah dihadiri oleh Ir. Zainal bin Tumian, Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Johor dan Pengurusan Tertinggi Jabatan, Jurutera-Jurutera Daerah serta warga JKR Negeri Johor.

Di dalam ucapan beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada warga JKR yang telah bertungkus lumus memberikan perkhidmatan yang terbaik membantu masyarakat yang terkesan. Saya berharap semangat #JKRPrihatin ini diteruskan bagi memastikan keberadaan JKR sentiasa terpahat di hati rakyat.

Merujuk kepada amanat YB Menteri Kerja Raya pada 8 Februari yang lalu, YB Menteri ada menyebut mengenai lima (5) inisiatif Kementerian Kerja Raya yang telah dijadikan “Pledge of Result” di bawah Kerangka Strategi Malaysia MADANI (KSMM). Inisiatif ini adalah bagi memberikan ikrar dan komitmen untuk menambahbaik 4 keberkesanan dan kecekapan pengurusan infrastruktur berfokuskan kesejahteraan rakyat. Selain itu Ketua Setiausaha Negara (KSN) menyentuh kepentingan dan tanggungjawab penjawat awam dalam menggerakkan pembangunan negara. Tadbir urus yang baik, bertanggungjawab, ihsan, akauntabiliti dan fokus pada matlamat adalah lima (5) elemen The G.R.E.A.T. Civil Service yang menyumbang kepada aspirasi Malaysia MADANI. The G.R.E.A.T. Civil Service yang bermaksud ‘good governance’ (tadbir urus terbaik), ‘responsible’ (bertanggungjawab), ’empathy’ (ihsan), ‘accountable’ (kebertanggungjawaban) dan ‘tenacity of purpose’ (fokus pada matlamat).

Tambahan merujuk kepada amanat YB Exco Kerja Raya pada 5 Mac yang lalu, beliau telah menyampaikan bahawa warga JKR Johor perlu maju dari segi pemikiran, peradaban, ketamadunan, ilmu, perwatakan, adat resam, nilai-nilai murni, jati diri dan sahsiah modal insan. Untuk itu, beliau telah memegang dengan penetapan ‘Four Pillar of Greatness’ iaitu ‘The self’, ‘The Story’, ‘The Philosophy’ dan ‘The Team’. Seterusnya, YB juga telah menyentuh mengenai ‘Five Bucket of Principal’ yang merangkumi ‘Knowledge’, Skill, “Networking’, ‘Resources’ dan Reputation’. Dengan ini, Johor bukan saja maju dari segi ekonomi dan infrastruktur malah seluruh Johor mesti maju secara holistik.

Semoga JKR khususnya JKR Negeri Johor terus cemerlang melalui pendekatan strategik, kreatif, inovatif dan kritis.

Seluruh warga kerja raya turut berpeluang mengikuti Majlis Amanat KPKR 2024 secara atas talian melalui saluran rasmi Facebook Jabatan Kerja Raya Negeri Johor (Klik Sini).

Warga kerja juga boleh melihat slaid iringan melalui pautan di bawah : Klik Sini