PROGRAM PEMANTAPAN ORGANISASI CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK NEGERI JOHOR (CKEJ)
“Pada 26 Oktober 2023 hingga 28 Oktober 2023, Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Negeri Johor (CKEJ) telah mengadakan Program Pemantapan Organisasi (Team Building) bertempat di Kem Wawasan Negara Gunung Pulai, Kulai, Johor.
Program ini bertujuan bagi membina keserasian antara rakan sekerja, melatih dan membentuk jati diri untuk menangani situasi tegang dalam pekerjaan. Ia juga memberi ruang kepada semua pekerja supaya mengenali hati budi rakan kerja lain dan sebagai tanda penghargaan pengurusan staff. Terdapat 6 modul Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang diterapkan dalam program yang berlangsung selama 3 hari.
Majlis Penutup disempurnakan oleh Ir. Abu Bakar Bin Abd Aziz (Pengarah Kerja Raya Johor) diiringi Ir.Ts.Hj. Kamaruzaman Bin Kasimin (Ketua Jurutera Elektrik Negeri Johor) dan En.Mohd Sufian Bin Abu Hassan (Penolong Pengarah Kem Wawasan Negara Gunung Pulai)”