MESYUARAT PRA PEMBINAAN PROJEK BANGUNAN KOMPLEKS MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR DAN JABATAN MUFTI JOHOR

23 Oktober 2023 | JKR Daerah Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Mesyuarat Pra Pembinaan Cadangan Merekabentuk, Membina Dan Menyiapkan Kompleks Bangunan Majlis Agama Islam Negeri Johor Dan Jabatan Mufti Johor Di Atas Sebahagian Lot 3839, Pusat Islam Iskandar Johor Bahru telah diadakan di Dewan Mohd Said, JKR Daerah Johor pada 23 Oktober 2023. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Kerja Raya Johor, Ir. Abu Bakar bin Abd. Aziz selaku Pegawai Penguasa Projek.

Hadir sama wakil Pelanggan iaitu Majlis Agama Islam Johor dan Jabatan Mufti Johor.

Projek pembinaan secara Reka dan Bina telah dipertanggungjawabkan kepada pihak kontraktor KPRJ E & C Sdn. Bhd dimana tarikh milik tapak adalah pada 24 Oktober 2023 dan dijangka siap pada 23 Oktober 2026. KPRJ E & C Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat kepada Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).

Skop utama projek melibatkan dua (2) bangunan utama pejabat kerajaan dan lain-lain berkaitan. Bahagian Bangunan JKR Johor merupakan Head of Project Team (HOPT) dan Wakil Pegawai Penguasa (WPP) pejabat seliatapak adalah Jurutera Daerah Johor Bahru.