GAYA HIDUP SIHAT, DIABETES TERKAWAL 2025
Program “Gaya Hidup Sihat, Diabetes Terkawal” Tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan pada Khamis, 24 Julai 2025 bertempat di Dewan Banquet, Bangunan Sultan Ismail. Program ini dianjurkan dengan kerjasama ILKKM Johor Bahru, sebagai inisiatif untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya gaya hidup sihat dalam mengawal dan mencegah penyakit diabetes.
Pelbagai aktiviti menarik telah berlangsung sepanjang program, termasuk senam zumba, cabutan bertuah, dan saringan kesihatan percuma. Selain itu, beberapa booth kesihatan turut disediakan bagi memberi maklumat berkaitan penyakit diabetes, pengurusan pemakanan, dan penjagaan kesihatan tubuh badan secara menyeluruh.
Semoga program ini memberi mesej jelas bahawa pencegahan lebih baik daripada rawatan, dan kesedaran serta tindakan awal mampu mengurangkan risiko penyakit diabetes. Gaya hidup aktif, pemakanan seimbang dan pemeriksaan kesihatan berkala adalah asas penting untuk kehidupan yang lebih sihat.
Untuk gambar sepanjang program Klik sini


Pelawat Hari Ini : 523
Pelawat Bulan Ini : 7448
Jumlah Pelawat : 492440
