Sambutan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023/2024 Peringkat Negeri Johor

Johor Bahru, 7 Ogos 2024 – Telah berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Pesara (APC) 2023/2024 bertempat di Grand Ballroom, Holiday Villa, Johor Bahru. Seramai 91 penerima telah memperolehi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Tahun 2023 dan 65 orang pesara negeri dan persekutuan di raikan dalam majlis tersebut.

Sepertimana tema APC 2023 “Memacu Teknologi Memperkasa Integriti”, para penerima telah menunjukkan dedikasi yang tinggi, kesungguhan yang luar biasa, dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam melaksanakan tugas. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya,Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, YB Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh turut hadir bagi merasmikan majlis tersebut.

Pekerja cemerlang, lambang organisasi terbilang. Pengarah Kerja Raya Negeri Johor, Ir Hj Abu Bakar bin Abd Aziz berharap kita sedang menuju ke arah organisasi yang mempunyai tradisi kecemerlangan yang mampan.

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pesara yang telah bersama-sama menyemai bakti di sepanjang tempoh sebagai penjawat awam. Semoga fasa kehidupan dalam persaraan tuan puan yang diraikan hari ini dilimpahkan segala rahmat dan keberkatan, sihat sejahtera serta bahagia di samping keluarga tersayang.

Senarai gambar-gambar majlis boleh klik link sini GAMBAR1, GAMBAR2