MAJLIS PERJUMPAAN DAN KUNJUNGAN MESRA YBrs. IR. HAJI SUHAILI BIN MANSOR, PENGARAH REKA BENTUK CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL IBU PEJABAT JKR MALAYSIA KE CKM JOHOR
CKM Johor berbesar hati menerima kunjungan mesra Pengarah Reka Bentuk Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Ibu Pejabat JKR Malaysia, YBrs. Ir. Haji Suhaili Bin Mansor ke jabatan ini pada 14 Julai 2024 yang lalu. Kunjungan mesra ini juga turut melibatkan perjumpaan beliau bersama barisan Pengurusan CKM Johor serta semua Jurutera Mekanikal dan Penolong Jurutera Mekanikal.
Di antara intipati kunjungan ini adalah sesi pengenalan beliau bersama organisasi terkini CKM Johor, belanjawan jabatan bagi tahun 2023 dan 2024 dan pencapaian perbelanjaan, serta isu-isu terkini yang dihadapi oleh jabatan. Beliau mengucapkan tahniah atas pencapaian CKM Johor dalam menguruskan perbelanjaan Persekutuan dan Negeri dengan baik. Selain itu, beliau juga turut mengingatkan agar semua pegawai dapat bekerja dalam satu pasukan untuk menyelesaikan projek-projek kerajaan yang telah diamanahkan.
Secara keseluruhannya, perjumpaan ini telah mencapai matlamatnya dan beliau berharap pada masa akan datang CKM Johor akan menjadi contoh terbaik dan menjadi ikutan bagi cawangan-cawangan di negeri lain. Sekalung penghargaan diucapkan kepada YBrs. Ir. Haji Suhaili Bin Mansor, Pengarah Reka Bentuk Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Ibu Pejabat JKR Malaysia atas kesudian untuk berkunjung.