PROGAM PEMANTAPAN ANTIRASUAH DALAM TATAKELOLA PEROLEHAN DAN MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH BERSAMA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA NEGERI JOHOR
28 Januari 2024 | JKR Daerah Johor Bahru
JOHOR BAHRU: JKR Daerah Johor Bahru mengambil inisiatif menzahirkan komitmen penuh kepada warga kerja dalam memastikan perkhidmatan dan perolehan kerajaan diurustadbir dengan telus dan bebas rasuah. Komitmen ini diterapkan melalui Program Pemantapan Antirasuah dalam Tatakelola perolehan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor.
Program ini antara lain menerangkan secara terperinci tentang integriti tatakelola dalam perolehan untuk agensi kerajaan dan kesan-kesan yang berlaku jika ianya berlaku penyelewengan selain hukuman yang bakal dikenakan. Taklimat tersebut disampaikan oleh Penolong Kanan Penguasa, Mohd Hassan bin Sulaimi dengan tajuk Isu-isu Perolehan Kepada Penjawat Awam.
Program tersebut turut serikan dengan kehadiran Timbalan Pengarah Kerja Raya, Ir. Zainal bin Tumian dan Penolong Pesuruhjaya Koo Lik Chi, Ketua Cawangan Penyiasatan Tatakelola, SPRM Johor Johor yang sama-sama menyaksikan upacara mengangkat sumpah ikrar diketuai Ir. Mohd Zulkarnain bin Sulaiman, Jurutera Daerah dan menandatangani akuan sumpah.