SEMINAR PENGUKUHAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN PROJEK KERJA ELEKTRIK S3P’25 & PROGRAM CABUTAN KERJA-KERJA UNDI PERUNTUKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN TAHUN 2025

Pada 24 & 25 Februari 2025, bertempat di KSL Resort Johor Bahru, Johor telah berlangsung Seminar Pengukuhan Perolehan Dan Pengurusan Projek Kerja Elektrik S3P’25 & Program Cabutan Kerja-kerja Undi Peruntukan Kerajaan Persekutuan Tahun 2025 dengan penyertaan seramai 184 peserta yang mengambil bahagian.

Seminar telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Ir. Zainal Bin Tumian, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Johor dengan disaksikan oleh YBrs. Ir. Ts. Hj. Kamaruzaman Bin Kasimin, Ketua Jurutera Elektrik Negeri Johor, para peserta, penceramah dan pempamir yang hadir.

Kursus ini bertujuan bagi memberi maklumat yang jelas kepada pihak Kontraktor Elektrik berkenaan Sistem Perolehan Kerja Kerajaan, Sistem Pengurusan Projek di tapak bina, pematuhan spesifikasi kerja elektrik & prestasi kontraktor elektrik.

Penceramah-penceramah yang terlibat adalah seperti YBrs. Ir. Siti Nor Binti Hassan (Pengarah Kejuruteraan (Pakar Elektrik), JKR Malaysia), YBrs. Ir. Ts. Hj. Kamaruzaman Bin Kasimin (Ketua Jurutera Elektrik Negeri Johor), Sr. Hajah Rohani Binti Abdul Kadir (Juruukur Bahan, JKR Johor), & Mohd Fauzee Bin Md. Bashah (Penolong Jurutera Elektrik, CKE Johor).

Bagi Majlis Penutup dan Penyampaian Anugerah Kontraktor Cemerlang Tahun 2024 telah disempurnakan oleh  YBrs. Ir. Noor Ashikin Binti Md. Tamimi, Pengarah Perkhidmatan Pakar Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Malaysia.

Majlis diteruskan dengan program Cabutan Kerja-kerja Undi Peruntukan Kerajaan Persekutuan Tahun 2025 dengan tetamu jemputan dari agensi Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Negeri Johor.