MAJLIS AMANAT PENGARAH JABATAN KERJA RAYA NEGERI JOHOR 2025
Pada 28 Februari 2025 (Jumaat) telah berlangsungnya Majlis Amanat Pengarah Kerja Raya Negeri Johor bagi tahun 2025 yang bertempat di Aras 2, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar 79582 Iskandar Puteri, Johor. Amanat pada tahun ini telah disampaikan oleh YBhg. Ir. Zainal bin Tumian, Pengarah Kerja Raya Negeri Johor. Majlis Amanat ini telah dihadiri oleh barisan Pengurusan Tertinggi Jabatan, Jurutera-Jurutera Daerah serta warga JKR Negeri Johor.
Di dalam ucapan beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada warga JKR yang telah bertungkus lumus memberikan perkhidmatan yang terbaik membantu masyarakat yang terkesan. Saya berharap semangat #iamJKR ini diterapkan bagi memastikan keberadaan JKR sentiasa terpahat di hati rakyat.
Merujuk kepada amanat YAB Perdana Menteri menekankan prinsip “Striving For Excellence” untuk dibudayakan dalam organisasi dan komuniti yang mempunyai nilai & etika “Philantrophic Community”. Selain itu, Amanat Menteri Kerja Raya yang lalu, YB Menteri ada menyebut mengenai “Sense of Urgency” dalam pelaksanaan tugas seharian serta sikap kerja yang “Proactive & Action Oriented”. Dalam Amanat Ketua Pengarah Kerja Raya menekankan sikap “Leadership Resolution” dengan #IamJKR sebagai hala tuju dalam usaha menyatukan warga JKR di semua peringkat. 1 Misi, 1 Visi, 1 Objektif dan 1 Hala Tuju.
Semoga JKR khususnya JKR Negeri Johor terus cemerlang melalui pendekatan strategik, kreatif, inovatif dan kritis.
Seluruh warga kerja raya turut berpeluang mengikuti Majlis Amanat Pengarah Kerja Raya Johor 2025 secara atas talian melalui saluran rasmi Facebook Jabatan Kerja Raya Negeri Johor.
Muat turun slaid iringan Amanat KPKR tahun 2025 dan dokumen lain berkaitan melalui pautan di bawah: