🏆 𝐍𝐀𝐈𝐁 𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐉𝐊𝐑 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 🏆⁣

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga kerja Jabatan Kerja Raya Negeri Johor atas kejayaan meraih tempat Naib Johan bagi Anugerah Inovasi Pengurusan JKR Negeri Terbaik Tahun 2025.

Penghargaan dan ucapan terima kasih turut dizahirkan kepada pihak pengurusan serta seluruh pasukan JKR Johor yang telah bertungkus-lumus, memberikan komitmen dan kerjasama padu dalam memastikan penyertaan anugerah ini mencapai sasaran yang ditetapkan.

Kejayaan ini menjadi bukti kepada usaha berterusan JKR Johor dalam memperkasakan budaya inovasi, kecemerlangan pengurusan serta penyampaian perkhidmatan yang berkualiti.

Semoga pencapaian ini terus menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi dan pengurusan yang lebih cemerlang pada masa akan datang selaras dengan aspirasi dan ketetapan yang ditetapkan.

#jkrjohor
#MajuJohor
#togetherwedeliver⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
#JasaKepadaRakyat⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
#MalaysiaMadani