Majlis Penyerahan Projek Siap Sekolah Kebangsaan Bandar Putra 2, Kulai
Khamis | 20 November 2025 – Majlis Penyerahan Projek Siap Pembinaan Sekolah Baharu 36 Bilik Darjah dan lain-lain kemudahan telah berlangsung di SK Bandar Putra 2, Kulai.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli Salleh, Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor bersama Pengarah Kerja Raya Negeri Johor, Tuan Ir. Zainal bin Tumian.
Acara diteruskan dengan nyanyian Lagu Bangsa Johor dan Negaraku, bacaan doa serta tayangan montaj yang memperlihatkan perjalanan projek pembinaan sekolah tersebut. Ucapan juga diberikan oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Johor, diikuti dengan ucapan daripada YB Exco Kerja Raya. Ucapan-ucapan tersebut menekankan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memastikan pembangunan infrastruktur pendidikan yang berkualiti demi manfaat masyarakat setempat.
Majlis berlangsung ke acara utama iaitu penyerahan rasmi dokumen projek, penyerahan replika kunci, serta penyampaian sijil kepada pasukan projek, perunding dan kontraktor yang terlibat. Turut diadakan ialah penyerahan cenderahati sebagai tanda penghargaan, diikuti sesi bergambar bersama semua tetamu kehormat.
Penganjuran majlis penyerahan projek ini bukan sahaja menandakan kejayaan projek, tetapi juga simbol kerjasama erat antara pelbagai agensi dalam merealisasikan kemudahan pendidikan yang lebih baik untuk generasi akan datang.

















Pelawat Hari Ini : 523
Pelawat Bulan Ini : 7448
Jumlah Pelawat : 492440
