MESYUARAT JAWATANKUASA UTAMA PROGRAM HARI PROFESIONAL TEKNIKAL NEGARA BIL.2/2025
Khamis | 23 Oktober 2025 – Mesyuarat Jawatankuasa Utama Program Hari Profesional Teknikal Negara (HPTN) Bil. 2/2025 telah diadakan pada 23 Oktober 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Johor. Mesyuarat ini diadakan bersama pihak Sekretariat HPTN dengan tujuan menyelaras dan memperkukuh pelaksanaan program yang dirancang bagi penganjuran HPTN 2025.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Ibrahim bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) yang juga merangkap Timbalan Pengerusi HPTN 2025. Turut hadir ialah Tuan Ir. Izmal bin Ibrahim, Timbalan Pengarah JKR Johor bersama ahli-ahli jawatankuasa utama yang mewakili pelbagai bahagian dan cawangan JKR Negeri Johor. Kehadiran dan kerjasama semua pihak amat dihargai oleh pihak penganjur.
Perbincangan mesyuarat menumpukan kepada penyelarasan tugas jawatankuasa kecil di bawah HPTN 2025, termasuk Jawatankuasa Promosi, Logistik dan Pengangkutan, Protokol, Penginapan, Makan dan Minum, serta Jawatankuasa Pengurusan Aturcara Sambutan Kemuncak. Setiap jawatankuasa memainkan peranan penting dalam memastikan segala keperluan, kemudahan dan persediaan teknikal berada dalam keadaan terbaik menjelang program berlangsung.
Selain itu, perhatian turut diberikan kepada penyediaan kemudahan ICT serta keperluan makan dan minum bagi pegawai yang hadir bagi memastikan kelancaran perjalanan mesyuarat.
JKR Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang telah memberikan komitmen, kerjasama serta sokongan penuh dalam memastikan kejayaan pelaksanaan Program Hari Profesional Teknikal Negara 2025.
#IamJKR
#togetherwedeliver
#Infrarakyat
#Jasakepadarakyat
#jkrjohor
#jkrmalaysia















Pelawat Hari Ini : 393
Pelawat Bulan Ini : 13667
Jumlah Pelawat : 498659
