MAJLIS PENYERAHAN SEPARA BAGI KAWASAN CICU DAN CHDW ARAS 1, BANGUNAN INDUK HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BAHRU

Khamis | 17 Disember 2025 – Sesi Penyerahan Separa bagi kawasan Cardiothoracic Intensive Care Unit (CICU) dan Cardiothoracic High Dependency Ward (CHDW), di aras 1, Bangunan Induk, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru telah disempurnakan oleh Wakil Pengarah Projek (WPP), Ir. Azman bin Zakariah kepada Pengguna Akhir, Pengarah Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Dr. Mohamad Nizam bin Hj. Subahir.

Majlis ini turut dihadiri oleh wakil Bahagian Pembangunan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), wakil Bahagian Perancangan KKM, Pn. Rahawiah binti Shafiei selaku Wakil Head of Project Team (HOPT), Ir. Kamaruzaman bin Kasimin selaku Wakil Pengarah Pakar (Elektrik), serta pasukan kontraktor Selengara Maju Trading bagi Projek Menaiktaraf Bekalan Utama Elektrik, Sistem Elektrikal dan Mekanikal di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) secara Reka dan Bina.