PROGRAM SEMARAK SUBUH DAN IHYA’ RAMADHAN PERINGKAT DUN BUKIT PASIR
Program Semarak Subuh dan Ihya’ Ramadhan Peringkat DUN Bukit Pasir telah berlangsung dengan penuh keberkatan pada 1 Mac 2026 (Ahad), seawal jam 5.00 pagi bertempat di Masjid Saidina Abu Bakar Al-Siddiq, Kampung Terus, Panchor, Muar.
Program ini telah dilaksanakan dengan lancar seawal pagi, dimulakan dengan pendaftaran peserta dan sesi sahur secara berjemaah, diikuti Solat Subuh berjemaah serta tazkirah Ramadhan sebagai pengisian rohani yang penuh bermakna 🤲
Seterusnya, para peserta bersama-sama menyertai aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk, diikuti majlis tahlil dan doa selamat. Program diakhiri dengan penyampaian sumbangan Ramadhan serta agihan bubur lambuk kepada komuniti setempat.
Penganjuran program ini mencerminkan usaha berterusan dalam mengimarahkan bulan Ramadhan melalui pendekatan yang menyantuni masyarakat, di samping mengukuhkan semangat kebersamaan dan ukhuwah dalam komuniti.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini, semoga keberkatan Ramadhan diraih bersama. Semoga usaha seperti ini dapat diteruskan dalam menyemarakkan penghayatan bulan Ramadhan serta membina masyarakat yang lebih harmoni, bersatu padu dan berteraskan nilai-nilai murni.
#semaraksubuhjohor #IhyaRamadhan #JohorMaju #MuafakatJohor #jkrjohor






















