KPKR SANTUNI WARGA JKR JOHOR, SEMARAKKAN SEMANGAT KITA JKR
Selasa 10/11/2026 Meneruskan agenda lawatan kerja di Johor, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa telah meluangkan masa bersama warga JKR Negeri Johor menerusi Program Ramah Mesra dalam suasana penuh mesra dan kekeluargaan.
Bukan sekadar bertemu, program ini menjadi ruang untuk mendengar suara warga kerja, berkongsi pandangan serta menyelami aspirasi dan cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan amanah.
Inilah kekuatan sebuah organisasi apabila kepimpinan dan warga kerja saling mendekati, memahami dan menyokong antara satu sama lain.
Warga Jabatan Kerja Raya Negeri Johor menyambut baik aspirasi Ybhg Dato’ KPKR dalam merealisasikan #OurDeliveryIsOurPriority.






















