GERAK KERJA BERPASUKAN – PROGRAM CSR JKR JOHOR BAHRU: MEMBERSIHKAN TANAH PERKUBURAN DI TANAH PERKUBURAN ISLAM AT-THAHIRIYAH
9 Oktober 2024 | JKR Daerah Johor Bahru
JOHOR BAHRU: JKR Daerah Johor Bahru (JKRJB) meneruskan misi Gerak Kerja Berpasukan Tahun 2024 dengan menganjurkan Program CSR membersihkan tapak Tanah Perkuburan Islam At-Thahiriyah, Daerah Mersing pada 9 Oktober 2024 yang lalu. Program CSR ini mendapat kerjasama dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Daerah Mersing, Pihak Pengurusan Tanah Perkuburan Daerah Mersing dan Pihak konsesi.
Seramai 70 orang peserta menyertai misi Gerak Kerja Berpasukan yang diketuai oleh Tuan Jurutera Daerah, Ir. Mohd Zulkarnaain bin Sulaiman. Tujuan utama program adalah untuk membersihkan tapak tanah perkuburan dengan potong rumput, membersihkan lalang-lalang, semak, dan longkang dalam kawasan tapak. Ini merupakan sebahagian dari objektif program dalam membentuk jati diri peserta dalam kerja berpasukan.
Program Kebersihan Tapak Perkuburan ini akan diteruskan ke lokasi-lokasi lain sebagai satu usaha dalam memotivasikan peserta tidak kira pangkat dan dapat mengaplikasikan dalam kerja seharian. Setinggi-tinggi tahniah diatas kerjasama semua pihak dan peserta sepanjang program berlangsung.
.