hptn2024

SAMBUTAN PROGRAM HARI PROFESION TEKNIKAL NEGARA (HPTN) PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2024

2 DISEMBER 2024 | DEWAN SERBAGUNA JKR, LARKIN

Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) peringkat Negeri Johor telah berlangsung dengan jayanya pada 2 Disember 2024. Program ini dirasmikan oleh YBrs. Ir. Haji Mohd Isa bin Sulaiman, Ketua Cawangan Perancangan Aset Bersepadu yang menyempurnakan majlis perasmian dengan penuh simbolik dan semangat.

Pelbagai aktiviti menarik telah disusun sepanjang program, termasuk sesi Bual Bicara bertajuk “Exploring AI: Transforming Work and Daily Life Through Technology”. Sesi ini memberikan pencerahan mengenai peranan kecerdasan buatan (AI) dalam mengubah cara kita bekerja dan menjalani kehidupan harian.

Selain itu, acara turut diserikan dengan Technical Talk: BIM Modeller (Struktur) Tahap 2 oleh Ir. Ch’ng Han Leong, Jurutera Awam , JKR (D) Pontian dan Product Talk: Pengunaan Barangan Yang Telah Diluluskan (Road Material Approved List) yang dibentangkan oleh Rayspeed Holding Sdn Bhd yang menjadi platform bagi para profesional dan pakar teknikal berkongsi pandangan serta memperkenalkan inovasi terkini dalam bidang teknologi.

Kemuncak program adalah Pelancaran JProve, hasil kolaborasi bersama Arkitek, yang merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh pembangunan teknologi untuk masa hadapan.

Sambutan ini bukan sahaja meraikan profesion teknikal, tetapi juga menekankan kepentingan inovasi dan kerjasama dalam menerajui perubahan teknologi ke arah pembangunan yang lebih mapan.