KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA 2023

Dua kumpulan daripada JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Johor telah berpeluang menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya Malaysia 2023 bertempat di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) pada tahun ini bagi mewakili JKR Johor bersama 3 lagi kumpulan daripada JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Johor dan Unit Tentera Johor sepanjang ia diadakan pada 24 hingga 28 Julai 2023 yang lalu.

Kumpulan Mechanical Creative Hub Jauhar (MeCHJ) yang terdiri daripada 10 orang ahli telah menjadi Johan Inovasi bagi Kategori Teknikal dengan menerima Wang Tunai berjumlah RM5,000.00 berserta trofi, mockup cheque edisi khas serta sijil penganugerahan yang telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya pada 30 Ogos 2023 semasa kemuncak Konvensyen KIK JKR Malaysia.

Dengan penganugerahan ini, Kumpulan MeCHJ akan mewakili JKR Malaysia ke pertandingan KIK peringkat Kementerian Kerja Raya bagi tahun 2023 dalam kategori Inovasi Teknikal pada 11 hingga 12 September 2023.