Kunjungan Hormat Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor
Jumaat | 25 Oktober 2025 – YBhg. Dato’ Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Dato’ Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Johor. Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Pengarah JKR Johor serta wakil yang menjalankan tugas Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK).
Dalam sesi kunjungan tersebut, YBhg. Dato’ berkongsi mengenai persediaan awal bagi penganjuran Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2025 yang dijadualkan berlangsung di Negeri Johor. Pertemuan ini turut menjadi platform untuk membincangkan potensi kerjasama antara JKR dan Pejabat SUK Johor dalam memastikan kelancaran program berskala kebangsaan tersebut.
Selain itu, perbincangan turut menyentuh peranan agensi negeri dan bentuk sokongan pentadbiran yang dapat memperkukuh pelaksanaan HPTN 2025. YBhg. Dato’ juga menekankan kepentingan program ini sebagai medium untuk memperluas jaringan antara agensi, institusi pendidikan dan komuniti teknikal, di samping memberi dorongan kepada pelajar serta profesional dalam bidang kejuruteraan dan teknikal.
Kunjungan ini mencerminkan semangat kerjasama erat antara agensi kerajaan dalam memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan memberi manfaat dan impak positif kepada pembangunan teknikal serta komuniti di Negeri Johor.
#IamJKR
#JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat






Pelawat Hari Ini : 509
Pelawat Bulan Ini : 7434
Jumlah Pelawat : 492426
