LAWATAN DAN BUAL BICARA PENGARAH KERJA RAYA JOHOR BERKAITAN HARI PROFESION TEKNIKAL NEGARA DI JOHOR FM

27 November 2025 – Satu lawatan diadakan oleh Pengarah Kerja Raya Johor, YBhg Tuan Ir Zainal bin Tumian selaku Pengerusi Hari Profesion Teknikal Negara Peringkat Negeri Johor ke Pejabat JohorFM di Jabatan Penyiaran Negeri Johor. Tujuan utama adalah bagi Jabatan Kerja Raya mempromosikan Hari Profesion Teknikal Negara yang akan diadakan pada 10 dan 11 Disember 2025 bertempat di Persada Convention Centre, Johor Bahru secara digital melalui platform radio.

Delegasi lawatan ini turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Pengarah Kerja Raya Johor, Tuan Ir Izmal bin Ibrahim selaku Timbalan Pengerusi Hari Profesion Teknikal Negara Peringkat Negeri Johor. Jabatan Kerja Raya Johor amat berbesar hati kerana dijemput oleh JohorFM di slot Johor Di Sana Sini untuk mempromosikan HPTN 2025 kepada semua bangsa Johor untuk hadir dan memeriahkan sambutan pada tahun ini.

Klik link DISINI untuk tontonan semula.