Program CSR Kelab Sukan JKR Johor 2025 Bersama YB Dr. Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri KKR
“Dari Jabatan Untuk Masyarakat” – JKR Negeri Johor di bawah Kelab Sukan JKR Johor 2025 telah mengadakan Program CSR yang berlangsung semalam di Madrasah Tahfiz Pendita Madani, Benut, Pontian dengan penyertaan warga JKR Daerah dan Cawangan di bawah pentadbiran JKR Negeri Johor.
Turut hadir adalah Pengarah JKR Negeri Johor, Ybhg Tn. Ir Zainal bin Tumian dan program tersebut disempurnakan dengan kehadiran YB Dr. Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya, yang turut meluangkan masa bersama para peserta serta menyampaikan bantuan kepada pihak madrasah dan bantuan barangan basah kepada petugas yang terlibat.
Antara aktiviti gotong-royong yang dijalankan:
• Membersihkan kawasan madrasah
• Pemotongan rumput
• Pembersihan dan cucian lantai
• Menukar lampu
• Mengecat dan baik pulih ringan
Program ini menjadi platform untuk memperkukuh hubungan antara JKR dan komuniti setempat serta memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan warga jabatan.
JKR Johor mewakili Kelab Sukan JKR Johor merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang hadir dan memberi komitmen dalam menjayakan program CSR ini.

















Pelawat Hari Ini : 514
Pelawat Bulan Ini : 7439
Jumlah Pelawat : 492431
