LAWATAN PENANDA ARAS EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) KE MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG (MBPG)

” Pada 16 Mei 2024 bertempat di Bangunan Majlis Bandaraya Pasir Gudang, pihak Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Johor telah mengadakan satu Lawatan Penanda Aras Ekosistem Sektor Awam (EKSA) dengan kerjasama dari pihak Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG).

Lawatan tersebut diketuai oleh Ir. Ts. HJ KAMARUZAMAN BIN KASIMIN, Ketua Jurutera Elektrik Negeri Johor serta turut dihadiri oleh En. ASHRIF BIN ABD JALIL, Jurutera Elektrik Kanan, Ts. ZUL EFENDY BIN MOHD ROZALI, Jurutera Elektrik, En. FITHRIE BIN HISNIN, Jurutera Elektrik dan En. AZEZAN BIN MD. SAAD, Jurutera Elektrik serta kakitangan yang terlibat.

Taklimat EKSA telah dipengerusikan oleh En. MOHD SYAFIQ HANIS BIN HAMLI, Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam merangkap Penyelaras EKSA MBPG. Pihak Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Johor turut dibawa melawat ke tiga (3) Zon EKSA MBPG. Turut hadir semasa sesi taklimat, ketua-ketua Jawatankuasa Induk EKSA MBPG serta Ketua Zon EKSA MBPG.

Lawatan ini adalah bagi perkongsian maklumat dan penyelarasan ke arah persediaan bagi pensijilan EKSA oleh Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Johor . Semoga lawatan ini juga menjadi medium membina hubungan silaturrahim antara Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Johor bersama-sama kakitangan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) “.