btb

SEMINAR “BACK TO BASIC” PENTADBIRAN KONTRAK

“Pada 13 Mei 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Johor telah berlangsung seminar ‘Back To Basic’ Pentadbiran Kontrak atas kerjasama antara pihak Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Johor dan Bahagian Kontrak & Ukur Bahan Jabatan Kerja Raya Negeri Johor.

Penceramah jemputan bagi seminar tersebuat adalah Puan HAJAH SALINA BINTI ABD WAHAB yang memegang jawatan sebagai Juruukur Bahan Kanan J48 dan berpengalaman luas dalam bidang Pentadbiran Kontrak. Objektif ceramah tersebut diadakan adalah bagi memantapkan lagi pengetahuan berkenaan pentadbiran kontrak oleh kakitangan Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Johor yang terlibat sama dalam menguruskan projek-projek negeri & persekutuan khususnya di negeri Johor.

Seminar tersebut kemudiannya diakhiri dengan ucapan penutup ringkas dari Yang Berusaha Ir. Ts. HJ KAMARUZAMAN BIN KASIMIN selaku Ketua Jurutera Elektrik Negeri Johor dan simbolik pemberian cenderahati kepada penceramah jemputan. Semoga dengan adanya ceramah ini dapat menyemai nilai-nilai positif dalam perlaksanaan projek-projek dibawah seliaan Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Johor”.