LAWATAN TURUN PADANG YBHG. DATO’ SERI KETUA SETIAUSAHA, KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA KE PROJEK DAERAH JKR DAERAH PONTIAN PADA 5 OGOS 2025

Selasa, 5 Ogos 2025 : YB Datuk Seri Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pontian hadir sama lawatan turun padang YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia bagi lawatan projek di Daerah Pontian.

Turut hadir Pegawai Daerah Pontian, Tn. Haji Kamalludin bin Haji Jamal, YB Adun Pulai Sebatang, YB Pn. Hajjah Hasrunizah binti Hassan, Pengarah JKR Negeri Johor, Tn. Ir. Zainal Bin Tumian, Pengarah Hospital Daerah Pontian, Dr. Parameswaran a/l Ramachandran dan Pegawai-pegawai JKR dari HOPT dan HODT, Ibu pejabat JKR Kuala Lumpur. Kehadiran YB Timbalan Menteri Kerja Raya dan YBhg, Dato’ Seri KSU KKR disambut oleh Tn. Ir. Sharudin bin Ismail, Jurutera Daerah JKR Pontian.

Program lawatan dimulakan dengan sesi taklimat projek di bilik Mesyuarat JKR Daerah Pontian yang disampaikan oleh Tn. Jurutera Daerah dan diikuti dengan lawatan tapak projek seperti berikut:
1. Cadangan Projek Baru Jambatan Pontian Besar, Pontian
2. Cadangan Projek Bangunan Baru Hospital Besar Pontian
3. Cadangan Projek Baru Jambatan Parit Semerah, Pontian
4. Projek Pembinaan Jambatan Pontian Kecil, Pontian