MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2024/1445H PERINGKAT IBUPEJABAT

06/05/2024 Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 / 1445H peringkat ibu pejabat JKR Johor berkonsepkan “Temasya Hari Raya” yang dianjurkan oleh Kelab Sukan JKR Johor dan bertempat di Bahagian Senggara Aset Negeri. Majlis ini dirasmikan oleh YBhg. Tn Ir. Abu Bakar bin Abd Aziz, Pengarah Kerja Raya Negeri Johor. Semua bahagian JKR Johor mengambil peluang untuk menghiasi gerai dan pelbagai juadah disediakan untuk warga JKR Johor dan para jemputan yang hadir.

Majlis ini turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Johor, Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi bin Rohani dengan melawat gerai-gerai serta beramah mesra bersama warga JKR Johor.

Selain itu, majlis sambutan ini turut menganjurkan pertandingan menarik antaranya Kedai Hiasan Tercantik, Pakaian Lelaki dan Perempuan Tercantik serta mengikut tema pada kali ini. Semoga ukhwah erat ini dapat meningkatkan prestasi Jabatan Kerja Raya Negeri Johor pada tahun ini.

Gambar-gambar sepanjang majlis boleh dilihat dengan KLIK SINI