MAJLIS PENYERAHAN PROJEK CADANGAN MEMBINA KLINIK KESIHATAN (JENIS 2) SEGAMAT, JOHOR
Isnin, 21 Julai 2025 | Majlis Penyerahan Projek Cadangan Membina Klinik Kesihatan (Jenis 2) Segamat, Johor telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Zainal bin Tumian, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Johor kepada YBrs. En. Nazaruddin bin Sharaai, Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Dr. Hj. Mohtar bin Pungut @ Hj. Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor; YBrs. Tuan Hj. Mohd Ezzuddin bin Sanusi, Pegawai Daerah Segamat; YBrs. Ir. Muhamad Yusri bin Zainal, Jurutera Daerah JKR Segamat; YBrs. Dr. Mohd Ridzuan bin Mohd Lutpi, Pegawai Kesihatan Daerah Segamat; YBrs. En. Mohd Azli Kamal bin Mahmood, Pengarah Urusan Tabalan Dagang Sdn. Bhd. (Kontraktor Utama), Pengarah-Pengarah, Timbalan-Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Jabatan Kerja Raya Malaysia, Jabatan Kerja Raya Johor, Jabatan Kerja Raya Daerah Segamat, Kontraktor Utama dan Nominated Sub- Contractor.
Projek Cadangan Membina Klinik Kesihatan (Jenis 2) Segamat, Johor merupakan sebuah projek di bawah Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia ke-11 (RP4, RMKe-11) yang dilaksanakan secara Reka dan Bina serta secara Tender Terbuka. Tarikh milik tapak pada 01 Februari 2021 dan tarikh siap semasa adalah pada 21 April 2025. Skop kontrak keseluruhan bagi projek ini adalah melibatkan :
- Bangunan Klinik Kesihatan (Jenis 2)
- Blok Sokongan (garajAmbulans, Rumah Pam & Stor)
- Sub Station TNB dan Blok MSB
- Surau dan Pondok Bas
- External Work (OSD & Kerja Infra)
- Provisional Sum
- Prime Cost Sum (Kerja Mekanikal & Elektrikal)
Projek ini telah berjaya diserahkan dan mencapai kriteria 3 dalam 1 iaitu :
- Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
- Lukisan Siap Bina (As built drawing)
- Penyata Akaun Muktamad (SOFA)
JKR sentiasa berusaha dan komited dalam memenuhi keberkesanan pengurusan projek dengan menambaik pencapaian agar projek yang dilaksanakan dapat disiapkan dan memenuhi kehendak pelanggan.
Projek Cadangan Membina Klinik Kesihatan (Jenis 2) Segamat, Johor ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk memastikan rakyat di daerah Segamat khususnya mendapat akses kepada kemudahan kesihatan yang lebih selesa, moden, dan efisien. Klinik ini dilengkapi dengan kemudahan perubatan asas, bilik rawatan biasa, bilik rawatan gigi, bilik X-Ray, makmal, farmasi dan fasiliti sokongan lain yang direka untuk memenuhi keperluan komuniti setempat.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Jabatan Kerja Raya Negeri Johor, Jabatan Kerja Raya Daerah Segamat, pihak kontraktor projek dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan projek ini dapat disiapkan dengan jayanya.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat




Pelawat Hari Ini : 631
Pelawat Bulan Ini : 11313
Jumlah Pelawat : 532279
