ikwas

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KERJA-KERJA MENAIKTARAF BLOK PENTADBIRAN, BLOK AKADEMIK, SISTEM PAIP AIR DALAMAN DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI INTAN KAMPUS WILAYAH SELATAN (IKWAS)

“Pada 13 Mei 2024 bertempat di INTAN Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) telah berlangsung Majlis Penyerahan ‘Projek Kerja-Kerja Menaiktaraf Blok Pentadbiran, Blok Akademik, Sistem Paip Air Dalaman Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di INTAN Kampus Wilayah Selatan (IKWAS)’.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Ir. ABU BAKAR BIN ABDUL AZIZ, Pengarah Kerja Raya Negeri Johor, Yang Berusaha MOHD HAIRUL ANUAR BIN BOHRO, Pengarah IKWAS, Yang Berusaha Ir. Ts. HJ KAMARUZAMAN BIN KASIMIN, Ketua Jurutera Elektrik Negeri Johor, Yang Berusaha Ir. HAJI MOHD ZAHARUDIN BIN AYEP, Jurutera Daerah Kluang dan para hadirin yang hadir.

Pada Majlis ini telah diadakan upacara menandatangani Dokumen Penyerahan dan Simbolik Gambar Projek Siap. Pihak Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Johor secara langsung terlibat bagi memastikan kerja-kerja Pemasangan Sistem Elektrik, ICT & Telefon siap serta menepati piawaian dan spesifikasi yang telah ditetapkan.

Tahniah juga diucapkan kepada pihak kontraktor yang telah berjaya menyiapkan projek ini dan dapat diserahkan kepada pihak Institusi Tadbiran Awam Negara (INTAN) dibawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Setinggi – tinggi penghargaan dan Syabas juga diucapkan kepada pasukan projek dan semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini.”