Majlis Penyerahan Projek Klinik Kesihatan (KK3) dan Kuarters Tampoi, Johor Bahru
Majlis Penyerahan Klinik Kesihatan (Jenis 3) dan Kuarters Tampoi, Johor Bahru telah diadakan pada 29 Mei 2023 dengan disempurnakan oleh Pengarah Kerja Raya Johor, YBrs. Ir. Abu Bakar bin Abd. Aziz selaku agensi pelaksana kepada Pengarah Kesihatan Negeri Johor, YBrs. Dr. Haji Mohtar bin Pungut @ Haji Ahmad sebagai wakil agensi pelanggan.
Turut hadir Jurutera Daerah Johor Bahru, Ir. Norzahamawatty binti Md Desa; Ketua Jurutera Elektrik Negeri Johor, Ir. Ts. Hj Kamaruzaman Bin Kasimin; Ir. Hisyam Bin Mokhtar, Ketua Jurutera Mekanikal Negeri Johor, Pasukan projek JKR Johor Bahru dan Pegawai Kesihatan Negeri Johor.
Projek Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 3) dan Kuarters Tampoi, Johor Bahru merangkumi sebuah blok utama, Blok sokongan, Bangunan Kuarters dua (2) tingkat, Rumah Pam dan Tempat letak kenderaan dengan kos keseluruhan RM24.5 juta.
Siapnya klinik kesihatan ini akan memberi manfaat kepada lebih 3,000 pengunjung khususnya penduduk di kawasan Tampoi dan kawasan sekitarnya. Penyediaan fasiliti kesihatan ini merupakan antara inisiatif berterusan oleh pihak kerajaan dalam memastikan rakyat mendapat rawatan dengan lebih sempurna dan selesa.
Setinggi tahniah dan penghargaan ditujukan kepada semua pihak khususnya JKR Johor selaku pejabat Pegawai Penguasa, JKR Daerah Johor Bahru sebagai pejabat penyelia tapak, Kontraktor Prasarana Gemilang Sdn Bhd, kontraktor NSC, semua Stakeholders seterusnya kepada pegawai-pegawai yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sehinggalah projek ini dapat disiapkan.