Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Ibu Pejabat JKR Johor Tahun 2023

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Ibu Pejabat JKR Johor telah diadakan pada tarikh 16 Mei 2023 di Dewan Serbaguna Aras 2, Bangunan Dato Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar.

Majlis ini di meriahkan dengan kehadiran YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan tetamu jemputan dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.

Ketibaan Y.B telah disambut oleh Pengarah Kerja Raya Johor, Ir. Abu Bakar bin Abd. Aziz.

Tahniah dan terima kasih kepada semua AJK pelaksana, tetamu dan warga JKR Johor yang menjayakan serta memeriahkan majlis ini.

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin.