MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MONUMEN KEMAHKOTAAN DAERAH SEGAMAT
ππππππ ππππππππππ ππππππ πππππππ πππππππππππ ππππππ πππππππ
Telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek Monumen Kemahkotaan bagi Daerah Segamat kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat (MPS). Keunikan monumen ini adalah terdapatnya 4 laras senapang dan di bahagian atas terletaknya sebuah replika Kemahkotaan Kerajaan Johor. JKR Negeri Johor telah diberi tanggungjawab dalam menghasilkan reka bentuk monumen tersebut dan dipersembahkan terlebih dahulu kepada Tuanku Sultan bagi mendapat perkenan Tuanku. Setelah itu, kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada 28 Mac 2021 dan kini telah siap sepenuhnya. Monumen tersebut turut dilengkapi dengan kolam serta air pancut dan juga lanskap yang menarik. Di waktu malam pula, ianya diserikan lagi dengan lampu berwarna-warni yang amat cantik. Pembinaannya di lokasi strategik iaitu di kawasan rekreasi menjadikan ia tarikan kepada orang ramai serta pelancong untuk manjalankan aktiviti beriadah dan mengambil gambar kenang-kenangan. Keunikan seni bina monumen ini dijangka akan menjadi salah satu tarikan pelancongan kepada masyarakat luar pada masa akan datang.