TAKLIMAT TENDER DAN LAWATAN TAPAK KONTRAK BANGUNAN SULTAN ISKANDAR DAN JB SENTRAL

Pasukan Projek Fasiliti Bangunan Sultan Iskandar telah mengadakan taklimat tender dan lawatan tapak bagi kontrak Penyenggaraan Fasiliti Bangunan Sultan Iskandar pada 16 Oktober 2023 (Isnin) dan kontrak Penyenggaraan Fasiliti JB Sentral pada 17 Oktober 2023 (Selasa). Taklimat dan lawatan tapak ini bertujuan untuk memastikan para kontraktor diberikan pendedahan situasi sebenar kontrak FM dan untuk memenuhi syarat petender. Seramai lebih 100 orang kontraktor telah hadir bagi mengikuti taklimat dan lawatan tapak terbabit.

Pihak Pasukan Projek Fasiliti Bangunan Sultan Iskandar berharap para kontraktor lebih komited dalam menzahirkan semangat FM bagi kontrak yang akan datang.