MAJLIS PENYERAHAN PROJEK JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR
Projek Pembinaan Klinik Kesihatan Bandar Kota Tinggi, Johor telah dilaksanakan oleh kontraktor utama Muara Atur (M) Sdn. Bhd.. Tarikh Milik Tapak bagi Projek ini adalah pada 13 Oktober 2021 dengan kos keseluruhan kontrak bernilai RM 24,977,500.50. Perakuan Kerja Siap (CPC) adalah pada 31 Oktober 2025.
Manakala. Projek Pembinaan Klinik Kesihatan Taman Cendana, Johor Bahru telah dilaksanakan oleh kontraktor utama Evergrow Ventures Sdn. Bhd. dengan Tarikh Milik Tapak adalah pada 10 Mei 2021 dengan kos keseluruhan berjumlah Rm36,745,342.00. Projek ini juga telah dikeluarkan Perakuan Siap Kerja (CPC) pada 10 September 2025.
Majlis Penyerahan bagi kedua-dua projek ini telah diadakan pada 21 Januari 2026 dengan disempurnakan oleh Pengarah Kerja Raya Johor, YBrs. Ir. Zainal bin Tumian sebagai agensi pelaksana, kepada Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan (TSUBK) Bahagian Pembangunan Kementerian Kesihatan Malaysia En Nazarudin bin Sharaai, yang kemudiannya di serahkan kepada Pengarah Kesihatan Negeri Johor, YBrs. Dr. Haji Mohtar bin Pungut @ Haji Ahmad sebagai wakil agensi pelanggan.
Penyediaan fasiliti kesihatan yang baru ini merupakan antara inisiatif berterusan oleh pihak kerajaan dalam memastikan rakyat mendapat rawatan dengan lebih sempurna dan selesa.
Setinggi tahniah dan penghargaan ditujukan kepada semua pihak khususnya Bahagian Pembangunan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Cawangan Kerja Kesihatan (CKK) Ibu Pejabat JKR Malaysia, JKR Johor selaku pejabat Pegawai Penguasa, Pasukan Projek Persekutuan Negeri Johor (PPPNJ) dan JKR Daerah kota Tinggi sebagai pejabat penyelia tapak, Pihak Kontraktor Muara Atur (M) Sdn. Bhd dan Evergrow Ventures Sdn. Bhd., kontraktor NSC, dan seterusnya kepada semua pegawai yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sehinggalah projek ini dapat disiapkan.



















Pelawat Hari Ini : 637
Pelawat Bulan Ini : 11319
Jumlah Pelawat : 532285
