Entries by JKR BSI

MAJLIS PERPISAHAN ENCIK MUHAMMAD FAHMI DAN PUAN NUR AISYAH – JKR BSI

29 November 2023, Rabu – Satu majlis perpisahan telah diadakan di Hotel Grand Blue Wave sempena pertukaran Jurutera Awam Penguasa Kanan, Encik Muhammad Fahmi Bin Shaari dan Jurutera Elektrik, Puan Nur Aisyah Binti Nordin. Encik Fahmi mula bertugas di JKR BSI sejak bulan Februari tahun 2022 dan akan berpindah ke CPAB JKR Ibu Pejabat Kuala […]

LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM (KPPA) KE BANGUNAN SULTAN ISKANDAR

Rabu, 01 November 2023 – Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) YBhg. Dato’ Seri Dr Zulkapli bin Mohamed ke Pejabat Bangunan Sultan Iskandar (BSI),Johor Bahru. YBhg Dato’ Seri diberikan taklimat mengenai status pelaksanaan inisiatif menangani kesesakan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB),Johor. Turut hadir YBhg Dr Abdul Gapar bin […]

TAKLIMAT TENDER DAN LAWATAN TAPAK KONTRAK BANGUNAN SULTAN ISKANDAR DAN JB SENTRAL

Pasukan Projek Fasiliti Bangunan Sultan Iskandar telah mengadakan taklimat tender dan lawatan tapak bagi kontrak Penyenggaraan Fasiliti Bangunan Sultan Iskandar pada 16 Oktober 2023 (Isnin) dan kontrak Penyenggaraan Fasiliti JB Sentral pada 17 Oktober 2023 (Selasa). Taklimat dan lawatan tapak ini bertujuan untuk memastikan para kontraktor diberikan pendedahan situasi sebenar kontrak FM dan untuk memenuhi […]

MESYUARAT JAWATANKUASA KHAS BAGI MENANGANI KESESAKAN DI TAMBAK JOHOR

11 Oktober 2023, Rabu – Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Kesesakan di Tambak Johor Bilangan 2 Tahun 2023 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri II, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof secara atas talian di BSI. Turut hadir bersama adalah Menteri Dalam Negeri, […]

LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH KERJA RAYA SEKTOR INFRA KE BANGUNAN SULTAN ISKANDAR

Pada hari Selasa, 10 Oktober 2023, Dato’ Ir. Hj Zulkipli bin Hj Nasri selaku Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) telah mengadakan lawatan kerja ke Bangunan Sultan Iskandar bagi membincangkan isu kesesakan di tambak Johor bersama pihak JKR BSI. Turut serta dalam lawatan adalah Jurutera Awam Penguasa Bahagian Bangunan, JKR Johor, Ir. Aidi bin […]

LAWATAN MENGEJUT PERDANA MENTERI KE BANGUNAN SULTAN ISKANDAR

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim mengadakan lawatan mengejut ke Bangunan Sultan Iskandar pada 25 Ogos 2023, Jumaat. Lawatan di adakan bagi meninjau kelancaran trafik keluar masuk  Malaysia – Singapura. Beliau turut di iringi oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafis Bin Dato’ Ghazi dan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution […]